Tuesday, May 12, 2015

Petua Orang Lama

Hasil jari-jemari : Unknown at 8:48 AM
Pasti kita masih ingat petua kecantikan yang sering diajar oleh ibu atau nenek kita semasa kita mengenjak ke alam remaja. Macam-macam petua yang mereka berikan kepada kita. Kadang-kadang petua kecantikan zaman dulu masih berguna dan boleh diterima pakai. Lihat sahaja muka mereka yang bersih tanpa menggunakan apa-apa product moden seperti sekarang.

Zaman sekarang dah bermacam-macam alat kecantikan yang ada dipasaran, tapi kita kena tengok jugak mana sesuai atau tidak dengan kulit muka anak kita. Walaupun ada cara moden tapi petua kecantikan zaman dulu masih berguna saya ajarkan jugak pada anak saya.
Jadi bagaimana petua kecantikan zaman dulu yang digunakan? Ok..mari kita lihat sedikit petua yang telah diajar oleh nenek saya ketika saya memasuki alam remaja.
PENJAGAAN MATA
  1. Masih ingat lagi , ketika bangun tidur dan sewaktu nak cuci muka selalu nenek saya suruh saya buat urutan dibahagian bawah mata, ini untuk mengelakkan mata daripada sembab.
  2. Jangan gosok mata dengan kuat. Nanti mata cepat kedut.
  3. Teh uncang yang telah digunakan, boleh ditekap dibahagian mata sehingga kering.
  4. Hirisan timun juga boleh digunakan seperti teh uncang.
  5. Banyakkan melihat warna hijau.
PENJAGAAN KULIT MUKA
  1. Nak kulit muka licin, tiap-tiap malam pakai bedak sejuk. ( yang ni nenek buat sendiri dengan beras, sekarang banyak dah jual dimerata-rata tempat )
  2. Masa basuh muka setiap pagi baca selawat nabi, niat dalam hati nak sebersih muka nabi Yusuf, air diraut keatas. (nenek saya cakap kalau nak nampak berseri kenalah rajin ambik airsembahyang dan sembahyang, yang ni saya faham sebab dia nak kita jangan tinggal solat )
  3. Kena rajin makan buah tomato, makan ulam-ulaman mentah. ( ulam-ulaman ni memang terbukti banyak khasiatnya )
  4. Jangan selalu basuh muka bila cuaca panas, nanti cepat naik panau.
  5. Masker pakai lendir lidah buaya.
  6. Ambil air embun diwaktu pagi dan disapu kemuka ( yang ini saya tak pasti kenapa tapi biasalah orang tua-tua banyak petuanya )
  7. Sesekali wapkan muka dengan air rebusan nasi yang sedang menggelegak.
  8. Jerawat jangan dipicit dengan kuku. Ini boleh merosakkan kulit dan meninggalkan parut.
 PENJAGAAN RAMBUT
  1. Bunga raya yang bersih diramas sehingga keluar lendir, kemudian dicampur dengan telur ayam kampung. Sapukan pada rambut dan dibiar selam 10 minit baru dibilas. Boleh diamalkan seminggu sekali atau 2 kali.
  2. Kalau selesai membasuh rambut , hanya ditekap-tekap dan diperah dengan tuala dan balut dengan tuala.
  3. Jangan disikat rambut ketika basah dan dibiar kering secara semulajadi untuk mengelakkan rambut putus dan gugur.
  4. Jangan diikat sewaktu lembab.
PENJAGAAN KULIT BADAN
  1. Jangan terus mandi ketika badan sedang panas.
  2. Elak mandi air panas, untuk mengelakkan kulit kering.
  3. Rajin-rajin sental badan ( dulu-dulu nenek suruh saya sental dengan batu sungai untuk hilangkan daki dibadan )
  4. Kalau ada luka di kulit badan , jangan di balut, hanya sapukan ubat dan dibiar terbuka supaya luka cepat kering.
  5. Kadang-kadang nenek saya rajin buatkan air bunga-bungaan , untuk mengharumkan bau badan.
MENGHILANGKAN BAU KETIAK
  1. Ketika sedang mandi , gosok ketiak anda dikepala lutut berulang kali.
  2. Lepas mandi lap kering bahagian ketiak, jangan dibiar lembab.
BIBIR MERAH
  1. Sapu madu asli dibahagian bibir setiap malam.
Orang-orang zaman dahulu memang penuh dengan petua dan pantang larang untuk kelihatan cantik. Kos untuk semua ini tidak terlalu tinggi namun boleh membuatkan kulit muka mereka tidak banyak masalah seperti kita sekarang. Lagipun zaman dulu mana le ada product yang perbagai seperti sekarang ni. Walau begitu mereka mampu menjaga muka mereka dengan baik.
Tak salah kalau kita ikut petua mereka ini. Petua kecantikan zaman dulu masih berguna dan masih boleh dipraktikkan oleh kita dan anak-anak kita. Mana yang kita rasa tak berasas atau mengarut , tak payah lah kita cuba, mana yang kita rasa ada kebenaran disitu , kita cuba aje. Manalah tahu kot-kot sesuai pulak dengan kulit muka kita ni.

Agak-agaknye rajin tak nak buat petua ni? ;) Tahniah bg yang rajin. . huhu
Untuk yang takde masa nk ikut oetua ni boleh lah amalkan penggunaan PRODUK MARY KAY :)
, Insha Allah cantik smulajadi tanpa bahan kimia tanpa steroid.
Kalau anda ada petua-petua kecantikan zaman dulu yang anda masih ingat, boleh lah kongsikan dengan saya di ruangan komen dibawah ni. Kredit to Sis

Selamat Mencuba!!! :D

 

Copyright © 2015 Design by Kudeen M.A.R.F